Tuesday, April 5, 2011

Pengalaman saya

Saya pernah bekerja di watson, pengalaman saya bersama kawan-kawan kerja sangat seronok.  Saya dapat bekerja dan dapat cari pengalaman dengan membahagikan duit yang saya dapat untuk kegunaan harian.

Cita-cita saya

Cita-cita saya ialah ingin menjadi eksekutif .  Saya juga ingin menjadi usahawan.  harap-harap tercapailah cita-cita saya.

Family

 Bapa saya bernama Abdul Halim bin Zakaria.  Dia bekerja sebagai seorang Operation Executive.  Berumur 44 tahun pada tahun ini.  Seorang yang bertanggungjawab .  Sayang bapa ! =)


Ibu dan saya .  Ibu saya bernama Zanida binti Hamzah berumur 41 pada tahun ini. dia bekerja sebagai seorang Material Handealer di Kilang Agilent Technologies.


Ini adalah adik saya yang kedua.  Abdul Hafiz bin Abdul Halim.  Berumur 19 tahun.  Belajar di UiTM Seri Iskandar. Sama tempat dengan kakaknya. hehe. =)

Ini ialah adik saya yang ketiga.  Abdul Hazmi bin Abdul Halim, berumur 15 tahun.  Akan menduduki PMR pada tahun ini ! Semoga berjaya adik !


Ini gambar saya bersama dengan kawan
baik saya ! nama dia Farah Hidayah,  dia sentiasa ada bersama saya tak kira senang dan susah. Love you so much ! =)

Saturday, April 2, 2011

Tentang diri ini

Assalammualaikum ,

BIODATA DIRI

Dalam blog ini saya ingin menceritakan tentang diri saya.  Nama yang diberi Hazirah binti Abdul Halim.  Selamat dilahirkan pada 31 Mac 1991 di Pulau Pinang.  Anak sulung dari 3 adik-beradik.  Hobi pada waktu lapang ialah berjoging dan melayari internet. Bapa saya bernama Abdul Halim bin Zakaria.  Bekerja di Maybank sebagai Operations Executive.  Ibu saya bernama Zanida binti Hamzah.  Adik yang kedua bernama Abdul Hafiz bin Abdul Halim, dilahirkan pada 14 Disember 1992 dan sedang belajar di UiTM Seri Iskandar dalam jurusan Pengurusan dan Teknologi Pejabat.  Adik yang ketiga bernama Abdul Hazmi bin Abdul Halim, dilahirkan pada 3 Februari 1996 dan sedang belajar di sekolah menengah dan akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah pada tahun 2011.

HOBI

Hobi pada waktu lapang ialah berjoging.  Aktiviti ini dapat merehatkan minda dan menyihatkan badan saya.  Selain itu, saya juga dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan aktiviti ini.  Ibu saya suka berjoging, jadi pada masa lapang saya akan berjoging bersama-sama ibu saya.  Selain itu saya juga akan melayari internet pada waktu lapang.  Ini dapat meluaskan lagi pandangan dan menambahkan lagi bilangan kawan di alam maya.

LATAR BELAKANG PELAJARAN

Telah menduduki peperiksaan Penilaian Menegah Rendah pada tahun 2006 dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2008.  Telah melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma pada tahun 2009 dalam jurusan Teknologi dan Pengurusan Pejabat.