Saturday, April 2, 2011

Tentang diri ini

Assalammualaikum ,

BIODATA DIRI

Dalam blog ini saya ingin menceritakan tentang diri saya.  Nama yang diberi Hazirah binti Abdul Halim.  Selamat dilahirkan pada 31 Mac 1991 di Pulau Pinang.  Anak sulung dari 3 adik-beradik.  Hobi pada waktu lapang ialah berjoging dan melayari internet. Bapa saya bernama Abdul Halim bin Zakaria.  Bekerja di Maybank sebagai Operations Executive.  Ibu saya bernama Zanida binti Hamzah.  Adik yang kedua bernama Abdul Hafiz bin Abdul Halim, dilahirkan pada 14 Disember 1992 dan sedang belajar di UiTM Seri Iskandar dalam jurusan Pengurusan dan Teknologi Pejabat.  Adik yang ketiga bernama Abdul Hazmi bin Abdul Halim, dilahirkan pada 3 Februari 1996 dan sedang belajar di sekolah menengah dan akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah pada tahun 2011.

HOBI

Hobi pada waktu lapang ialah berjoging.  Aktiviti ini dapat merehatkan minda dan menyihatkan badan saya.  Selain itu, saya juga dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan aktiviti ini.  Ibu saya suka berjoging, jadi pada masa lapang saya akan berjoging bersama-sama ibu saya.  Selain itu saya juga akan melayari internet pada waktu lapang.  Ini dapat meluaskan lagi pandangan dan menambahkan lagi bilangan kawan di alam maya.

LATAR BELAKANG PELAJARAN

Telah menduduki peperiksaan Penilaian Menegah Rendah pada tahun 2006 dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2008.  Telah melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma pada tahun 2009 dalam jurusan Teknologi dan Pengurusan Pejabat.  

No comments:

Post a Comment